Monday 19 December 2011

Rujukan utama

Sekapur Sireh

'Kami' merupakan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Merupakan mahasiswi dalam Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Tahun 2 bagi sesi 2011/2012. 'Kami' terdiri daripada:


Marny Syazanna Binti Mazlan         1100505

Noor Nafiisah Binti Md Shah           1100507

Nurul Izyan Binti Mohd Sobri          1100508

Wan Norkamilah Binti Wan Ismail   1100522


Seikhlas penghargaan ditujukan kepada Professor Madya Datin Sapora Sipon selaku pensyarah yang mengajar subjek ABA1023 Teori Kaunseling. Beliau tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mendidik pelajar-pelajarnya. Sepanjang semester ketiga ini banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh beliau berkenaan pelajaran Teori Kaunseling. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh kami serta mempratikkannya sebagai bakal kaunselor pada masa hadapan. InsyaAllah. 

Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang bersama-sama, bertungkus-lumus untuk membina blog Rational Emotive Behavior Therapy ini, moga usahasama kita ini membawa ke arah kebaikan. 

Akhir kalam, semoga blog ini dapat memberikan input yang berguna kepada pembaca sekalian.


"Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan."