Peranan Kaunselor dan Klien

Peranan Kaunselor

  • Kaunselor menunjukkan dan membuktikan kepada klien bahawa sistem kepercayaan klien itu tidak rasional. Kepercayaan-kepercayaan tersebut banyak dipengaruhi oleh perkataan seperti 'mesti', 'sepatutnya', dan 'harus'. Diharapkan cara ini boleh memeberikan kefahaman kepada klien supaya dapat memisahkan kepercayaan yang tidak rasional itu kepada kepercayaan yang rasional. Untuk mencapai tujuan ini, kaunselor akan mencabar dan mengarahkan klien melibatkan diri dalam apa bentuk aktiviti yang boleh mencabar kepercayaan tidak rasional yang dialaminya.

  • Kaunselor juga akan membawa klien ke satu tahap kesedaran bahawa masalah klien yang sebenarnya adalah berpunca daripada diri klien itu sendiri yang sentiasa mengindoktrinasikan kepercayaan-kepercayaan yang tidak logik dalam dirinya dan mempertahankan gangguan emosi dengan berfikir secara tidak logik.

  • kaunselor berperanan membantu klien agar dapat memodifikasikan pemikiran-pemikirannya dan meninggalkan sisitem kepercayaan yang tidak rasional tersebut. Dalam situasi ini kaunselor hartus membantu klien supaya dia memahami hubungan antara idea-idea yang menyalahkan diri dengan falsafah-falsafahnya yang tidak realistik yang mengarahkannya kepada proses penyalahan diri berbentuk lingkaran yang tidak berakhir.

Peranan Klien

  • Klien sebagai seorang pelajar
  • Klien tidak perlu menceritakan pengalaman yang silam tetapi klien perlu menceritakan keadaan emosi, pemikiran, dan tingkah laku masa sekarang. Begitu juga sistem kepercayaannya yang tidak rasional yang diperolehinya tidak perlu untuk diceritakan.
  • Apa yang penting adalah  bagaimana kesedaran klien tentang wujudnya sisitem kepercayaan yang tidak rasional dan bagaimana mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah lakunya yang boleh menimbulkan permasalahan dalam hidupnya.
  • Klien juga perlu menyedari apa yang boleh ia lakukan bagi menghapuskan sistem kepercayaan yang tidak rasional itu dan menggantikan dengan satu sistem yang kepercayaan yang baru dan yang rasional dan realistik.
  •  Klien juga mestilah celik akal.
  • Klien juga harus sedar bahawa sistem kepercayaan itulah yang menyebabkan gangguan emosi dan tingkah lakunya.
  • Klien harus sedar dan menyedari serta menerima hakikat bahawa selagi dia sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sistem kepercayaan tidak rasional yang ada dalam dirinya maka selagi itulah dia akan menghadapi masalah dalam hidupnya.